Soalan:

Lumrah anak-anak kecil akan nakal dan ada ibu yang tidak tahan kerenah mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat. Sebagaimana yang diketahui, kata-kata seorang ibu adalah doa. Sebagai seorang anak, apakah yang harus dilakukan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini dan di pihak ibu pula, apakah yang harus dilakukan setelah terlanjur mengeluarkan kata-kata kesat?

Norziah Sabtu, Merlimau Melaka.

Jawapan:

Ya, doa atau sumpah ibu memang mujarab. Namun yang menentukan sama ada ia mujarab atau tidak ialah Allah. Allah ialah tuhan yang maha adil lagi mengetahui, maka Allah tidak akan memujarabkan doa atau sumpah ibu tanpa menilai dengan adil semua aspek. Oleh itu seorang anak hendaklah sentiasa menghormati ibu dan berbuat baik kepadanya sementara seorang ibu pula hendaklah bersabar di atas kenakalan anak-anak.

– See more at: http://hafizfirdaus.com/index.php/kolum-bulanan-mainmenu-110/daracom-mainmenu-121/soal-jawab-agama-mainmenu-90/1026-kata-kata-kesat-ibu-sebagai-doa#sthash.cR6MGBKY.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *