Soalan:

Apakah hukumnya jika seseorang itu dalam keadaan marah, memaki, menyumpah seseorang hanya di dalam hatinya sahaja tanpa memberitahu kepada orang lain? Adakah itu juga dikira berdosa?

Kamalia Haris, Bukit Mertajam.

Jawapan

Tidak dikira berdosa apa yang sekadar berada dalam hati. Dosa hanya dikira apabila isi hati tersebut diterjemahkan kepada perbuatan. Akan tetapi – selari dengan sifat Allah yang maha penyayang – apabila seseorang itu meninggalkan niat buruk di dalam hatinya itu kerana Allah, maka ia akan diberikan pahala. Ringkasnya, berniat buruk tidak membawa dosa selagi tidak dikerjakan sementara tetapi berusaha melawan niat buruk itu dan meninggalkannya akan membawa pahala.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, bahawa para malaikat berkata kepada Allah (padahal Allah maha mengetahui): “Hamba-Mu ini berkehendak melakukan kejahatan!” Maka Allah berfirman: “Kalian awasilah dia. Jika dia melakukan kejahatan itu maka kalian tulislah untuknya dosa yang setara dengan kejahatan itu. Namun jika dia meninggalkannya (tidak jadi melakukannya) maka tulislah untuknya satu kebaikan. Sesungguhnya dia meninggalkannya tidak lain kerana Aku.” [Shahih Muslim, no: 185/129]

– See more at: http://hafizfirdaus.com/index.php/kolum-bulanan-mainmenu-110/daracom-mainmenu-121/soal-jawab-agama-mainmenu-90/1022-mac-2015-marah-dalam-hati#sthash.JQwdh5Ez.dpuf

Comments

  1. Sufi

    Saya seorang guru B Inggeris…saya sudah mengajar di sekolah kedua yg majoritinya adalah pelajar Cina…masalahnya pelajar2 bangsa Cina sgt kurang ajar dan degil…jika mereka masih tidak memahami dan degil dgn apa yg diteguri oleh cikgu saya terus marah dan marah lagi..kadang2 perkataan bodoh, kurang ajar, nak kena bunuh? telah digunakan… saya amat menyesal bila hati sudah reda….dan saya istighfar…masalahnya pelajar2 sama yg telah membuat saya sakit hati kerana mereka seolah2 naik atas kepala sekiranya cikgu2 layan mereka dgn elok…tolonglah nasihati hati sY di atas kekhilafan yg semakin menjadi2

  2. rohani Abd rahman

    personal an:
    saya seorang isteri yg muram dgn perkahwinan saya. bukan tidak bahagia tp ada beberapa perkara yg menyebabkan hati saya ingin menamatkan saja perkahwinan ini. ini d sebabkan:
    1. Suami saya mengabaikan perintah agama iaitu sembahyang 5 waktu ,
    2. Suami saya amateur sukar do ajak pergi ke rumah org tua saya. selalu membilang/ berapa Kali saya sekeluarga ke rumah org Tanya Dan ke rumah org tua saya. sedangkan rumah org tea says hanya 45 minit saja ke sana manakala k rumah org Tanya 5 jam perjalanan.
    3. salahkah saya pergi k rumah orang tua says Tampa pengetahuaan Dan izinnya.
    4. to long saya untuk mengatasi masalah INI. APA yg perlu saya lakukan Dan adakah saya perlu menamatkan perkahwinan INI dgnnya?
    mohon pencerahan.

    Aamiinnn ya robbal aalamiinnna. d sebabkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *