Soalan:

Apakah yang dimaksudkan bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dan apakah perbezaan di antara mereka yang menggunakan politik untuk agama berbanding dengan mereka yang menggunakan agama untuk politik? Jika terdapat perbezaan minta tolong diperjelaskan?

 

Islam adalah agama (ad-deen) yang lengkap dan sempurna yang meragkumi semua aspek kehidupan manusia. Dalam Islam terdapat bahagian akidah (tauhid) , ibadah, akhlak, pendidikan, kemasyarakatan, munakahad (kekeluargaan) , muamalat (ekonomi), siyasah (politik), perhubungan antara bangsa dan sebagainya.

 

Politik tidak boleh dipisahkan dengan ajaran Islam kerana politik adalah sebahagian daripada syariat Islam. Tertegaknya Daulah Islamamiah di Madinah menandakan bahawa perlaksanaan politik Islam telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. 

 

Menggunakan Politik Untuk Islam

 

Mereka yang menggunakan politik untuk Islam adalah mereka yang mengutamakan atau meletakkan Islam ditempat yang paling tinggi dan aktiviti politik itu hanya wasilah(jalan) untuk mendaulatkan Islam dan merealisasikan Islam dalam kehidupan. Berusaha untuk melaksanakan hukum hudud, qisas dan diyat sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.

 

Semua bentuk amalan dan perbuatan yang bertentangan dengan Islam akan ditinggalkan.Semua urusan politik adalah urusan harian yang bersangkut paut dengan kehidupan masyarakat iaitu urusan perniagaan (jual beli) , kerja-kerja kebajikan, dakwah dan tarbiah, amar makruf nahi mungkar, bantu-membantu, ziarah menziarahi, sedekah, pembangunan fizikal,  membangunkan kemajuan sain dan teknoloji dan lain-lain semuanya dilakukan semata-mata mencari keredaan Allah SWT dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

 

Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti sesama manusai tidak melakukan rasuah, menipu, pilih kasih, mengambil riba, tamak haloba, hasad dengki, tidak membuat fitnah dan tidak mendedahkan aib orang lain. Matlamatnya bersih dan jalan-jalan yang digunakan juga bersih.(yang dibenarkan oleh syarak).

 

Jika menjadi pemimpin akan bersifat jujur dan amanah dan bersikap adil.

 

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan(Kaffah), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah ayat 208).

 

Allah SWT menghendaki agar hamba-Nya bila memilih Islam sebagai pedoman hidupnya jangan ambil setengah-setengah, tetapi harus di ambil sepenuhnya dengan keyakinan menjalankan syariat Islam sesuai denga perintah dan larangan-NYA.Peribadi mereka yang menggunakan politik untuk Islam adalah peribadi mukmin yang sentiasa berada di jalan yang hak , berlemah lembut dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

 

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah seseorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim) 

 

Menggunakan (Memperalatkan) Islam untuk politik

 

Mereka yang menggunakan Islam untuk politik adalah mereka yang memperalatkan agama demi kepentingan politik mereka. Politik diletakkan di atas sekali sedangkan Islam diletakkan dibawah.

 

Jika politik mereka sesuai dengan Islam baru mereka ambil Islam tetapi jika bertentangan dengan Islam maka Islam mereka tinggalkan dan mereka tetap dengan pendirian mereka. Demi memertabatkan kuasa politik sanggup mengadaikan prinsip Islam.. Mereka akan menggunakan semua cara samaada halal atau haram untuk mencapai matlamat. Kaedah ini dipanggil, “matlamat menghalalkan cara”.

 

Mereka sanggup membuat fitnah, dedahkan aib orang lain, menuduh zina atau liwath (mereka cipta vedio lucah), mengupah bloger-bloger dan media cetak untuk maki hamun, mengutuk, menghina, menimbulkan kebencian kaum, berbohong, menipu, manipulasi isu-isu, menyebarkan dakyah palsu melalui akhbar, television, media letronik dan mencipta akta-akta baru yang bertentangan dengan hak kebebasan yang dibenarkan oleh Islam.

 

Seruan mereka kepada asyabiah kaum bukan kepada penyatuan umat Islam sejagat. Mereka tidak berlaku adil kepada kaum lain dan sering menimbulkan ketegangan dan penghinaan.

 

Sedangkan keadilan Islam meragkumi semua rakyat yang memerlukan keadilan dan pembelaan tidak kira samaada mereka orang Islam atau bukan Islam.

 

Firman Allah SWT :

 

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

 

Maksudnya: “Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain?”. (Surah Al-Baqarah ayat 85)

 

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8) 

 

Sumber: Facebook Abu Basyer

– https://www.facebook.com/notes/abu-basyer/soal-jawab-agama-siri-14-politik-islam-adab-menuntut-ilmu-berbaik-sangka-buruk-s/10151946310051040

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *