Soalan:
Seorang isteri telah diceraikan olah suaminya dengan talak satu, tidak sampai 24 jam suami itu telah melafazkan rujuk kembali. Apakah isteri itu telah dikirakan sebagai isteri yang sah atau suami isteri itu hendaklah merujuk kepada kadi untuk rujuk kembali.

Lutfi, KL

Jawapan:
Thalak raj’i tidak melarang bekas suami berkumpul dengan bekas isterinya, sebab aqad perkahwinannya tidak hilang dan tidak mempengaruhi hubungan yang halal.kecuali persetubuhan. Jika sudah rujuk maka mereka boleh bersatu kembali. Rujuk adalah salah satu hak lelaki selama masa iddah. Hak ini ditetapkan agama kepadanya, kerana itu ia tidak berhak membatalkannya sekalipun seandainya suami berkata “Tidak ada rujuk bagimu”, namun sebenarnya ia tetap mempunyai rujuk. Hak rujuk bagi suami berdasarkan firman Allah maksudnya: “Dan bekas suami-suami mereka lebih berhak rujuk kepada mereka selama masa iddah itu”. (Al Baqarah 229) Jika rujuk sudah menjadi hak suami maka untuk merujuk tidak perlu syarat kerelaan, pengetahuan bekas isteri dan wali. Hak rujuk ada di tangan lelaki (sebagaimana firman Allah di atas). Rujuk juga tidak perlu saksi sekalipun menghadirkan saksi di sini hukumnya adalah sunnah, kerana khuatir agar nantinya isteri tidak menyangkal rujuknya suami.

Rujuk boleh dengan ucapan seperti: “saya rujuk kamu” dan dengan perbuatan seperti menjimaknya, merangsang nafsunya dan sebagainya. Imam Syafei berpendapat bahawa rujuk hanya boleh dengan ucapan yang terang dan jelas dimengerti. Tidak boleh dengan bersetubuh dan rangsangan, kerana Imam Syafie beralasan talak memutuskan perkahwinan. Demikianlah diantara pendekatan syariat dalam perkara rujuk.

Namun dalam hidup bernegara kita memiliki undang-undang yang mengatur sistem kekeluargaan Islam. Jika bercerai hendaklah melaporkan kepada pejabat kadi agar perceraian itu dapat direkodkan. Oleh itu kita dapat mengetahui bahawa kita telah menyimpan satu atau dua talak, sehingga kita berhati-hati dalam menjatuhkan talak dan tidak hidup dalam kemaksiatan. Begitu juga ketika rujuk hendaklah memberitahukan kepada pejabat kadi sebagai bukti bahawa perceraian itu telah dirujuk kembali.

 

Sumber: http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=170#2

Comments

  1. Radzi Mat

    Assalamualaikum..
    Seorang wanita dalam iddah yang baru diceraikan suaminya telah melakukan romen-romen dengan lelaki lain.
    1. Adakah dalam tempoh edah tu dia masih dikira sebagai isteri?
    2. Adakah dengan perbuatan tu dia dikira berdosa dengan bekas suaminya?
    3. Adakah lelaki tadi juga berdosa dengan bekas suaminya. Jika berdosa, adakah amalan lelaki td akan dipindahkan kepada suami wanita tersebut?
    Mohon penceraha..terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *