Soalan:
Assalamualaikum Ustaz 
Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya.

1. Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?

Saya harap dapat kiranya Ustaz  memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin.

Jawapan:
Wa’alaikumussalam,

Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri).

Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.

Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.

Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa.

Wallahualam.

Jawapan oleh: Ustaz Emran bin Ahmad

Comments

  1. Sairin Hj Emran

    Saya ungin tahu berkaitan solat qadaq atau solat ganti yang tertinggal dimasa lampau.
    Soalan: Bagaimanakah lafaz dan niat solat tersebut.Dan waktu yang baik untok megerjakan solat tersebut.
    Sekian Terima kasih.

  2. Junaidah Said

    Saya ingin tahu hukumnya seorang lelaki berkahwin dengan perempuan (kekasihnya) yang telah mengandung anak luar nikah? Adakah sah pernikahan itu? Apakah implikasinya? Dan dia telah bertaubat.

  3. Hamba Allah

    Assalamualaikum wbt ustaz?
    1 ) Jika bercerai semasa isteri dlm keadaan tidak mengandung, dan tidak datang bulan, berapa lamakah edahnya?
    2) Adakah dalam tempoh edah suami isteri tidak boleh keluar dan kena duduk serumah?
    3) Jika suami isteri yang sudah habis edah dan duduk serumah demi menjaga kabajikan dan perasaan anak2 yang masih kecil, bersekolah rendah dan menengah kerana Allah swt apakah hukumnya?Mereka tidak melakukan persetubuhan dan menjaga adab2 sebagai hamba Allah..apa pandangan ustaz?
    Terima Kasih kerana sudi menjawab kemusyikilan ini..

  4. siti

    Assalamualaikum Ustaz

    Dua hari lepas saya ada terbaca sms suami bersama wanita lain. Wanita berkenaan menanyakan sama ada dia sudah berkahwin atau belum? Jawapan dari pihak suami ‘kahwin dah..nikah belum’ . Saya cuba meminta penjelasan daripada pihak suami..kerana saya takut salah memahami sms berkenaan. Malangnya, suami tidak mahu berkerjasama. Bolehkah ustaz bantu saya, kerana saya berasa was2 untuk bersama dengannya..saya perlukan penjelasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *