SOALAN

1. Saya ingin tahu apakah hak-hak isteri kedua dalam sebuah perkahwinan kerana suami dan madu mengatakan isteri kedua tidak mempunyai hak dan tidak boleh menuntut apa-apa dari perkahwinan saya.

2. Suami sering melebihkan isteri pertama sama ada dari segi pembahagian nafkah dan giliran bermalam,bolehkah saya membuat aduan diatas perkara ini ke pejabat kadi.

3. Suami menyewakan saya sebuah rumah begitu juga dengan isteri pertama namun untuk pemberian nafkah hanya pihak isteri pertama menerima dengan alasan anak-anak di sana lebih ramai. Manakala untuk saya hanya jika ada lebihan jika tidak saya tidak dapat?

Jawapan

Berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan perundangan keluarga Islam yang dilaksanakan di Malaysia.Semua wanita yang telah dinikahi secara sah mengikut Hukum Syarak mempunyai hak yang sama, tiada perbezaan samada yang kedua,ketiga atau keempat. Tidak menjadi kesalahan sekiranya berlaku ketidaksamaratan pemberian hak kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada sekiranya ada KEREDHAAN di sisi mereka. Sekiranya isteri tidak redha, maka dibenarkan untuk mengemukakan permohonan mendapat keadilan melalui proses perbicaraan di Mahkamah Syariah. Konsep kesamarataan dan keadilan boleh diperolehi secara undang-undang di Mahkamah Syariah. Hakim Syarie akan membantu pasangan di dalam perbicaraan tersebut. 

Jawapan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor :

Comments

  1. deeja

    assalamualaikum ustaz..sy istri ke2,nk bertanya..apa hukum seorang suami apabila berlaku perterlingkahan sering membangkitkn apa yg tlh sy sumbangkn utk perkahwinan pertama dulu hga timbulkn kmrahan pd sy n jd hilang hormat pd suami.
    1) apa hkum pula apabila sy bsikap biadap pd suami dsbbkn tdakbalas n rasa marah pd suami kerna tdak mjlnkn tgjwab asas pd sy sbg istri kdua sprti mn istri pertama perolehi..
    3) hukum apabila suami sering mengatakn yg dia tidak ada hati dn prasaan dn hbgan lg dgn istri pertama dn hya atas kertas tetapi masih duduk sebumbung kerna ank..
    4) bolehkn sorg suami mengatakn harta istri adalah hak miliknya dan ank tiri tak layak setelah dia mnikahi ibu kepada anak tersebut..n anak tersebut tidak layak tuk harta ibunya sdgkn harta tersebut dperolehi sblm bkahwin dgn bapak tiri..

    ingin tahu mohon penjelasan..

  2. ary

    1* Apa hukum berkawin dengan seorang pelacur dengan niat ingin mengeluarkan dia dari kancah maksiat dan membimbing dia kejalan yang benar.
    2*Adakah nikah di sempadan sah disisi syarak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *