Soalan:
Apakah hukumnya seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya?
Isteri Malang, KL
Jawapan:
Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar.
Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh.
Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka hendaklah pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu.
Sumber: http://kitabonline-munakahat.blogspot.com/2012/06/soal-jawab-suami-isteri.html

Comments

  1. farah bt hamzah

    Apakah hukumnya suami memburukkan isteri dalam puisi yang ditulis dan disiarkan di laman sesawang(FB).
    Apakah hukumnya suami memukul isteri kerana perempuan lain

  2. ida

    slm ustaz..dlm 1pertengkaran suami telah berkata pada istrinya yg hamil 8bln”selepas melahirkan anak ini saya ceraikan awk dengan talak 1″..
    soalan 1:apakah hukum cerai yg dilafazkn oleh suami tersebut?
    soalan2:bolehkah suami merujuk kembali isterinya dan bagaimana caranya?
    sekian pertanyaan saya..

  3. qila

    Assalamualaikum ustaz, saya ada pertanyaan. Apakah hukum jika isteri bekerja tetapi apabila dapat gaji suami akan pegang duit gaji isteri dan gunakan untuk perbelanjaan harian. Duit gaji suami habis untuk bayar hutang. Bagaimana jika isteri tidak redha ? tanggunjawab suami macam beliau acuh tidak acuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *