Soalan:
Saya sudah bersih daripada didatangi haid. Apakah boleh sekiranya saya membenarkan suami saya menyetubuhi saya sedangkan saya belum lagi mandi wajib dan apakah hukumnya. Adakah saya berdosa terhadap suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya?

Rozila, JB

Jawapan:
Syekh Mahmud Khitab As Subki mengatakan, bahawa menurut kebanyakan para ulama Jumhur persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah; “Ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri dari isterimu (jangan menyetubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri”.

Jika anda telah terlanjur melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam agama, sedangkan anda tidak mengetahui kedudukan hukum yang sebenarnya, maka segeralah bertaubat kepada Allah, dan berhati-hatilah dalam mengerjakan syariat yang telah ditentukan Allah SWT. Hanya kepada Allah kita semua berserah diri dan hanya Allah Yang Maha Pengampun. Wallahu A’lam. 

Comments

  1. zara

    Assalam. Saya ada soalan. Pada hari ke 6 haid telah kering yakni dari petang hingga ke malam tiada darah haid yg keluar. Isteri telah mandi hadas dan solat maghrib dan isyak di malam harinya. Malam tersebut telah berlaku hubungan suami isteri. Pada hari ke 7 si isteri solat subuh setelah mandi junub. Tengah hari pula keluar sedikit darah bercampur lendir. Adakah suami isteri tersebut berdosa kerana melakukan hubungan suami isteri pada malam ke 6 tersebut. Isteri kuatir berdosa tetapi dia yakin haid telah kering pada hari ke 6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *