Hantar Artikel

Comments

  1. insan

    Saya ingin bertanya sekiranya kita mempunyai hutang dengan sesorang tetapi tidak tahu cara untuk menghubungi org tersebut. Apakah status hutang tersebut? Dan hutang tersebut juga terlalu lama atau adalah hutang yang lama dan jumlah nya juga tidak dapat dipastikan. Yang pasti jumlahnya tidaklah membebankan seseorang sehingga memakan jumlah ribuan.

  2. Mida Osman

    Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya sedikit soalan

    tentang sekarang trend baru kah, lelaki dgn lelaki bersalaman kerok, suami saya marah bila dia terkena salaman seperti itu, dia bilang sesaorang yang bersalaman begitu mengambil reski betul kah, terima kaseh.

  3. Badrol Hisham bin Sabri

    Soalan 1 : Assalamualaikum Ustaz, soalan saya ialah berkaitan sembelihan korban, bolehkah salah seorang daripada 7 orang yang membuat korban berniat yang bahagiannya adalah untuk akikah?
    Soalan 2 : Bagaimana cara niat sembelihannya jika perkara di atas di bolehkan?
    Soalan 3 : Mohon ustaz berikan bacaan niat yang paling afdal semasa melakukan sembelihan korban, akikah mahupun sembelihan biasa…terlalu banyak versi dalam perkara ini.
    Terima kasih.

  4. Izwan

    Assalammualaikum.

    Anak saya baru dilahirkan dan saya dan isteri cadangkan nama untuknya ialah Luke Muhammad. ‘Luke’ bermaksud ‘Cahaya’ dalam Latin dan Greek, kuharap anakku akan membesar menjadi insan seindah cahaya Rasulullah S.A.W. Akan tetapi, ada yang menyatakan, nama ‘Luke’ itu berasal dari Saint Luke a.k.a. Luke the Evangelist, penghadis kitab kristian, ‘Gospel of Luke’, namanya juga ada tertera dalam kitab Injil, dan menyatakan bahawa tidak elok sama sekali menamakannya sedemikian walaupun maksudnya indah. Niat saya adalah untuk menamakannya Luke agar sifatnya insyaAllah seindah cahaya Rasulullah, adakah salah menamakannya sedemikian?

  5. Hamba Allah

    Assalammuallaikum ustaz..soalan saya.Saya sudah melakukan 2 kali berturut turut solat istikharah mengenai kemusykilan dalam menentukan pasangan hidup .Selang beberapa hari, saya telah mendapat mimpi mengenai seorang lelaki yg memang cukup saya kenali berdiri bersebelahan dengan 1 kolam lumpur.Adakah mimpi itu satu petanda atau sekadar mainan tidur?Dan jika benar ia satu petanda bagaimana saya ingin mentafsir maksud di sebalik mimpi berkenaan?

  6. Illa Billa

    Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya benda penting harap ustaz reply cecepat. Hari tu saya ada beli shampoo baru saja nak try tengok, lupa nak tengok bahan apa dia pakai. Terus beli dah pakai 3 kali, dok belek belek ternampak la dia tulis dia guna red wine extract (polyphenol). Salah ke ustaz? Ke boleh, sebab dia pakai extract je kan?

    Kalau tak apa patut saya buat sekarang, kena samak rambut saya ke?

    Harap Ustaz dapat menjawab. Thanks

  7. juja

    as salam..ustaz..
    sy nak tau bolehkah sy htr ank2 sy bersekolah cina..sy dulu bersekolah cina dan budaya belajar di sana sgt berbeza dgn sek melayu..pelajar lebih menghargai masa,berdisiplin,tidak berpeleseran krn kerja sek banyak dan ada budaya saing yg sihat dan ingin berdaya maju.
    cuma sekarang dan dulu berbeza dgn berbagai masalah politik yg mencetuskan perkauaman membuatkan sy risau utk htr mereka di sek cina..pttkah sy berfikir begitu..tp yg paling membimbangkan sy ialah soal ilmu agama..apakah pandangan ustaz..

  8. lizan

    assalam ustazah. saya ada kemuskilan. di dalam game online boleh ke “BETTING”.contohnya game ini http://dota2lounge.com/. ia pertaruhkan hanya item(barang) games sahaja. tapi item tu, ada yg d perolehi free dan ada yg dI beli dgn RM. apa hukumnya?
    Dota 2 Lounge – Marketplace, Trades, Bets
    dota2lounge.com

  9. Syahmi

    Assalamualaikum ustaz,

    Sebagai seorang anak penjaga/pentadbir sebuah rumah anak yatim, saya memang selalu singgah situ. Sudah 15 tahun saya singgah rumah itu. Dalam masa itu, saya telah diberikan/mengambil barang – barang yg didermakan ke rumah itu, atas pengetahuan yang mereka tidak akan menggunakan barang – barang tersebut seperti permainan video, baju – baju lelaki kerana semua nya perempuan di situ dan sebagainya. Tapi semua itu diketahui oleh pentadbir tersebut. Saya juga telah memakan makanan di sana tapi di hidangkan atau sebagai lebihan selepas semua anak yatim telah makan. Bahan – bahan di masak adalah daripada rumah tersebut tapi kadang – kadang di masak oleh pentadbir tersebut. Adakah semua yang saya buat ini berdosa kerana saya tidak rasa yang saya mengambil barang – barang itu atas niat untuk menzalimi mereka atau untuk merosakkan hidup mereka. Saya memang berniat untuk memulangkan balik barang – barang berikut dengan membayar balik. Jika betul berdosa, apa yang patut saya buat?

  10. siddiq

    Assalamualaikum,

    saya ingin bertanya kepada ustaz, saya merupakan seorang suami dan sekarang kami sedang tinggal di rumah mertua saya. kami berhajat untuk menyewa sendiri tetapi mertua saya tidak mengizinkan. apakah yang saya patut lakukan sebagai seorang suami?

  11. pah

    Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada 2 org anak berumur 3 tahun dan 2 tahun. Suami saya selalu sahaja keluar malam asyik dengan handphone. suami ada sebuah beg yang selalu di kepit di pinggang walau kemana saja dia pergi walaupun ke tandas.
    Saya sedih dia langsung tidak ada rasa tgjwb pada anak walaupun anak sakit dia tetap tidak akan pulang sehingga 15 hari. saya telah bg nasihat ingat Allah dan anak tapi dia tidak endah. solat pun tidak. dia asyik pertikaikan tanggungjawab dia. saya harap ada orang yang boleh telephone dia untuk beri nasihat dan bagitau tanggungjawab dia sebagai suami dan anak. tolong lah saya buntu sangat.

  12. Sairin Hj Emran

    Assalamualaikum ustaz.
    Saya ingin tahu berkaitan solat kadaq atau solat ganti yang tertinggal dimasa lampau.
    Soalan:
    Bagaimanakah lafaz dan niat bagi mengerjakan solat tersebut? dan bilakah waktu yang baik untok mengerjakan solat tersebut.
    Sekian terima kasih.

  13. siti

    Salam, sy tlh berumahtngga hampir 24thn, sejak hmpir setahun suami ada berkawan (lelaki) kenal dlm FB, kawannya merantau & kerja di KL 20thn, tiba2 dia ingin berhijrah ke tmpt sy Melaka & cari kerja disini. Konon nk berniaga dgn suami kerana katanya suami sy seorg yg jujur (ustaz) mengajar Al-Quran. Dh hmpir setahun dia tinggal di Melaka, tapi sy rasa membuat hubungan sy dgn suami jauh, dingin. Suami sy dlm seminggu hnya 2 hari @ kdg langsung tidak balik tidur dirumah kerna meneman kn kwnnya, sebab kwn dia takut utk tinggal seorg. Memang suami hari-2 balik tapi ,balik hanya untuk membungkus makanan utk kwn dia, bukan sy kedekut tp kwn dia haruslah fikir, suami sy pendapatan hanya mengajar Al-Quran & sy sebagai kerani biasa sje, memang tak salah nak bersedekah tapi macam kawan dia mengambil kesempatan, Di rumah anak-2 perlu juga makan, anak sy 8 org , sepatutnya kawan dia fikir masalah orang, yg jadi masalah suami dh lah tak bagi nafkah duit belanja dapur, batin jauh sekali lah, sy seorg yg bersikap terbuka, kadang sy tanya adakah dia dh tiada perasaan (keinginan) pd sy, apa yg keluar xde mood, penat, jarak rumah sy dgn rumah kawan dia 20min (naik motor), tu tak kira minyak lagi, sy tak kisah kalau dia tinggal sebelah rumah, bagi makan pun xpe, ni bila xde minyak kita juga dia minta. Kadang sampai saya bosan sebab masa dia habis dgn kawan kesayangan. Kenal hanya di FB, hati budi dia pun kita xtahu, Kadang sampai saya kata xde suami pun xpe kalau macam nie. Mana-2 isteri pun akan ada perasaan mcm sy. Saya minta pandangan ustaz perlukah saya jumpa kawan suami saya untuk selesaikan masalah saya ini. Saya sayangkan suami & anak-2. Harap bantulah saya.

  14. ain

    as salam ustaz. boleh ustaz beri pendapat n olahan mengenai konsep kedamaian dan kebebasan dalam aspek agama islam dan kaitannya dalam hubungan etnik dalam kalangan rakyat kita? terima kasih

  15. Nur13

    Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya… Apakah hukum jika suami tidak mahu melayan isteri di ranjang? Suami seolah2 sudah tiada nafsu… Kami mendirikan rumahtangga sudah 10 tahun dan kami berumur 30-an tahun…
    Saya mendapat tahu ada orang ketiga diantara kami…
    Sudah hampir 1 bulan suami tidak menyentuh saya.. Tiap kali saya cuba mendekati dia, dia akan menolak.. Dan saya jugak tidak boleh memeluk dia sewaktu tidur.. Dia akan menepis tangan saya dan tidak akan menghadap muka saya sewaktu tidur… Apakah hukumnya jika suami berbuat begitu?

  16. Haiful Halan

    Salam Ustaz,
    Saya ada kemushkilan sedikit mengenai wang BR1M yang telah saya terima baru-baru ini. Setelah membuat penelitian, saya dapati, saya adalah tidak layak untuk menerima bantuan ini pada tahun ini. Ini adalah kerana, maklumat yang diproses adalah daripada maklumat tahun lepas. Pada masa itu, saya memang layak untuk menerima bantuan. Oleh itu, saya mengambil inisiatif sendiri untuk bertanya kepada pegawai BR1M bahawa saya tidak layak. Akan tetapi, mereka memberitahu bahawa duit yang telah dimasukkan ke akaun saya adalah berdasarkan kelulusan daripada pihak kerajaan dan mereka tiada kuasa untuk menarik balik pemberian ini. Mereka telah pun menerangkan kepada saya bahawa proses pemberian ini adalah berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan dan ianya telahpun disemak dan diluluskan oleh pihak kerajaan sendiri. Soalan saya, adakah saya berhak menggunakan pemberian ini untuk kegunaan peribadi? Terima kasih.

  17. naz

    arwah ayah telah meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa wasiat. ianya dlm proses faraid. apakah hukum jika harta simati seperti rumah di wakafkan sebelum selesainya faraid.walhal rumah tersebut ada waris yang berhak dan apa yang patut saya lakukan.

  18. pn.eika

    assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanyakan pendapat ustaz dan jawaban bagi persoalan sy ini
    1. apa hukum jika suami tidak berlaku adil? alasan hubungan pernikahan kami ini di rahsiakan dari isteri pertama
    2. sah ka pernikahan tanpa kebenaran isteri pertama? dan suami guna status duda keran sblm ini suami pernah bercerai sebelum nikah dengan isteri pertama

  19. Nurul

    Assalammualaikum.

    Saya ada sedikit kemusykilan dan berharap agar ada pencerahan bagi soalan saya ini….

    Trend zaman sekarang, jika ingin berkahwin pasti akan mengadakan sesi pre-wedding photoshoot . Apakah hukumnya dari sudut agama Islam?

    Mohon keterangan lanjut dari ustaz/ustazah.

    Terima kasih

  20. dia

    Ustaz, saya nak tanya pendapat mngenai barang hilang, saya ada mengambil telefon bimbit di tepi jalan dan mgunakannya hampir 2 tahun, masalahnya sekarang saya baru tau ttg hukum lughatah(barang hilang) nie, saya menyesal sgat dan apa yg saya perlu buat???

  21. fir

    assalamualaikum ustaz..sy telah bertunang selama beberapa tahun dan pada suatu hari tunang sy menyatakan untuk berputus..saya tanya kenapa? dia membuat keputusan sebegitu selepas menunaikan solat isthikarah (alasan dia hanyalah solat isthikarah)…jika sy tidak setuju dgn jawapan yg diberi, adakah sy berdosa kerana tidak percaya dgn qada’ dan qadar..
    terima kasih ustaz

  22. Norhayati

    As Salam,
    Apakah hukum jika dalam keadaan marah seseorang itu berkata “saya bertaubat takkan datang lagi ke sesuatu tempat” Setelah beberapa bulan jika dia hendak ketempat itu semula, adakah dia berdosa?
    Apakah yang perlu dilakukan?

  23. Muhammad Siddiq

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya di dalam pergaduhan saya dengan isteri dengan secara tidak sengaja saya telah berkata bahawa “selepas habis hutang saya dengan beliau saya akan menceraikan beliau”. Apakah jatuh talak jika saya berkata sedemikian?

  24. Hamba Allah

    Soalan : Si isteri pernah bernikah dengan suaminya, dan ditimpa malapetaka yg menyebabkan si isteri kehilangan memori yg mereka pernah bernikah…si suami masih ingat dan tiada sebarang lafaz cerai dikeluarkan……adakah mereka masih sah sbgai suami isteri atau tidak….? contoh : jangka masa 10 tahun dan keatas

  25. NAZRI

    Assalammualaikum,

    Adakah boleh dikira mengeluarkan zakat sekiranya sejumlah wang diberikan kepada seseorang yang akan membina surau ditempatnya.

  26. Amara

    assalamualaikum ustaz..
    Saya mohon untuk bertanya…saya faham segelintir yang berkhawin di sempadan adalah satu keputusan yang tidak bijak sekiranya tidak didaftarkan dan akan menjadi masalah apabila ada perpisahan.kalau dulu membelakangi syariah dan bila jadi masalah baru nak rujuk pada syariah.
    Apakah tindakan yang perlu dibuat untuk menyelesai hal ini,teman saya telah meninggalkan perkhawinan nya setelah tidak tahan dipukul oleh suami nya.oleh kerana umur nya yang agak muda dan perkhawinan yang tidak mendapat restu keluarga,dia tidak tahu untuk merujuk
    kepada sesiapa.keluarganya tidak mempedulikan dia atas akibat kedegilan diri sndiri.hingalah saat ini (11 tahun lari dari perkhawinan yang tidak bahagia) dia masih lagi tidak tahu apa yang perlu dia buat.Adakah talak telah jatuh dan dia tidak berani untuk merujuk hal ini dengan suami yang panas baran.bagaimana harus dia menyelesaikan kemelut status dirinya?dia juga tidak mahu kembali kepada suami yang selalu memukulnya.

  27. lieza

    ustaz, saya ingin bertanya apakah hukum bagi seseorang yang telah menjual kereta kepada orang lain ..tetapi tidak mengambil kereta berkenaan selama 6 tahun walaupun sudah disuruh mengambilnya…akibat dari itu keluarga saya terpaksa menyimpan kereta berkenaan. ini menyebabkan kami sekeluarga mengalami kesusahan untuk mencari/memberi ruang bagi menyimpan kereta tersebut.sudah berkali kali keluarga saya menyuruh dia mengambil kereta tetapi taidak ada jawapan dari pihak beliau..kami sekeluarga tidak mengambil apa2 bayaran pun dari beliau sebagai sewa parking untuk menyimpan kereta tersebut.

    persoalannya :

    1) apakah hukum bagi lelaki tersebut kerana kami merasakan dia seolah2 menganiaya kami kerana kami pula yang terpaksa menyediakan tempat letak kereta beliau selama 6 tahun sehingga kereta tersebut sudah buruk dan condition kereta itu sudah tidak boleh bergerak..akibatnya kami mengalami masalah tempat sekiranya kami hendak membuat apa2 kenduri atau keramaian kerana kami pula yang perlu memikirkan bagaiman harus dibuat pada kereta tersebut?

    2) apa hukumnya sekiranya kami menjual kereta itu pada pihak lain pula kerana ada pihak lain yang berminat? ini kerana beliau langsung tidak berminat untuk mengambil kereta tersebut dan mematikan diri beliau walaupun kami telah memberitahu beliau sekiranya beliau tidak mengambil kereta tersebut , kereta itu akan berpindah milik pada orang lain?

    3) untuk pengetahuan ustaz beliau membeli kereta tersebut dengan hanya membayar dan berjanji mulut sahaja.. tidak ada surat hitam putih menyatakan beliau membeli kereta itu. pertukaran nama pun masih lagi belum dibuat . nama pada kereta itu masih lagi owner lama.

    saya mengandaikan beliau menganiaya keluarga kami memandangkan beliau menggunakan kami untuk beliau menyimpan kereta tersebut..kami sekeluarga pun tidak tahu apa motif beliau membeli kereta tetapi tidak mahu mengggunakannya..

    apa pendapat ustaz dari sudut islam dan undang undang di malaysia?

    ikhlas dari
    lieza

  28. fakhira

    assalamualaikum, ibu saya mempunyai masalah dengan ayah saya dan sering sedih .. apabila kami anak-anak perempuan ingin menasihati beliau. beliau akan berkata bahawa kami akan rasa bagaimana dia rasa nnti kelak kami berkahwin . beliau juga selalu berkata selalunya bapa yang curang akan dibalas dengan perkara yang sama berlaku kepada anak2 perempuan. hal ini membuatkan saya dan kakak2 saya berasa takut dan risau . ibu kami juga selalu mengatakan bahawa kami akan dapat anak atau keluarga yang teruk sewaktu kami terlanjur melakukan kesilapan dengannya. harap dapat membantu.

  29. kiera

    Assalamualaikum ustaz . Saya hendak brtanya . Saya rase gmbira hendak mati cepat kerana apabila ibu saya akan memaki hamun dn sumpah saya atas ksilpan yg saya buat . Supaya ibu saya tenang . Adakah patot sy perlu rase untuk mati cepat ?

  30. RIZUAN

    ASSALAMMUALAIKUM…USTAZ SAYA NAK TANYA PASAL MIMPI2….semalam saya mimpi kuku jari telunjuk mak saya hitam….ada ka maksud tu ada apa2???mohon pandangan ustaz…..

  31. K

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya ada beberape soalan untuk ustaz berkenaan dgn tarekat.

    1) apa sebenarnya tarekat tu?
    2) kenape ajaran abuya ibrahim bonjol dikatakan haram?
    3) Macam mana kita nk tahu tarekat tu haram? sebab sy dengar x semua tarekat tu haram
    4) Apakah amalan tarekat?

  32. Sayfulansar

    Assalamualaikum ustaz, tujuan saya E-Mail adalah untuk memagajukan persoalan berkaitan mimpi salah seorang sahabat saya MUALAF yang telah memeluk agama islam. Dia ada menceritakan mimpi yang dialami dan berkongsi cerita. Menjelang subuh sebelum azan subuh dia telah bermimpi didatangi seorang lelaki berpakaian putih dan bertongkat… berikut cerita sebenar

    ” wahai anak mudah yng telah terpilih dri bjuta2 manusia di akhir zaman, sesungguh nya jika engkau tlah temui jawapan2 dari segala persoalan di dlm hidup mu dan mengetahui siapa diri mu yng sebenarnya,,maka tanggung jawap mu akn lebih berat dan engkau harus memikul nya dngan penuh kesabaran,dan bila tiba masa nya, engkau akn memimpin smua ulama2 dan yng bergelar ilmu tinggi dri segala ilmu,,, ingat mereka akn tersesat selama 1 tahun dri kesesatan dunia”

    Selang beberapa hari dia termimpi lagi orang tuq tersebut dan menunjukkan kepadanya sebuah pulau dan sahabat saya ada melukisnya dan menghantar pada saya alangkah terkejutnya pulau yg dia lukis itu menyerupai bentuk mata dan orang tua itu berkata dia ada disini dan engkau akan mengetuai pertempuran dan engkau paling hadapan.

    Ustaz mimpi yang dia alami dan cerita disebalik kata kata ini sama seperti cerita kehadiran imam mahdi di akhir zaman dan saya sendiri tak tahu nak berkata apa.

    Kenyataan inilah yang diperkatakan oleh orang tua tersebut dan dia mendengarnya dengan cukup jelas ketika dalam mimpi. Jadi saya memohon jasa baik ustaz untuk menghuraikan maksud disebalik mimpi tersebut dalam erti kata yang mudah difahami Dan jelas.. ustaz tolong beri jawapan kerana sehinggah hari ini dia seringkali bermimpi menjelang waktu subuh dan dia takut dan keliru….dia juga menangis selepas bermimpi

    Tq ustaz

  33. Mohd Suhaimi Shariff

    Assalamualaikum.

    Saya ada sedikit kemusykilan mengenai hal ini. Untuk makluman, saya berumur 35 tahun dan merupakan seorang bapa kepada 2 anak lelaki berumur 3 tahun dan 5 bulan. Isteri saya pula berumur 34 tahun.

    Saya terlalu menginginkan seorang anak perempuan dan saya dan isteri bersepakat untuk menghadkan bilangan anak kepada 3 orang sahaja. Justeru, saya bercadang untuk mempertingkatkan kebarangkalian mendapat anak perempuan melalui kaedah saintifik bernama ‘sperm sorting’ (http://en.wikipedia.org/wiki/Sperm_sorting) yang boleh digunakan bersama teknik IUI (http://en.wikipedia.org/wiki/Artificial_insemination).

    Apakah pandangan ustaz tentang isu ini? Adakah ianya dibenarkan di dalam Islam? Teknik tersebut tidak menjamin penentuan jantina secara 100%, namun boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan jantina yang diingini berdasarkan fakta kromosom di mana kromosom XY untuk lelaki dan kromosom XX untuk perempuan.

    Diharap ustaz dapat memberikan penjelasan yang lengkap bagi menjawab permasalahan ini.

    Terima kasih.

  34. Hawa

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya. Adakah Institusi agama di Singapore berlainan dengan kita di Malaysia?

    Kenalan saya warganegara singapura berkahwin dengan bukan Muslim tetapi suami tidak perlu tukar agama.

    Ketika perkahwinan, kenalan sudah mengandung, usia kandungan 6 bulan.

    Soalan, Apakah sah perkahwinan mereka. Apakah status anak dan bagaimana hendak di bin/binti kan anak sedangkan suami tak tukar agama.
    Adakah anak kedua dan ketiga sah taraf mereka

  35. Sein

    assalamualaikum ustaz,

    Saya ada kemushkilan, kalau saya cakap “aku lepaskan kau dari tanggungan ku” dekat isteri saya tanapa niat.. adakah jatuh talak?

  36. Ain

    Assalamualaikum ustaz,
    Apakah hukummya jika adik ipar saya membawa teman wanita tidur di rumah? Bapa mertua dan ipar lelaki saya pindah ke dalam rumah kami 2 tahun lalu. Baru2 ini, dia kerap membawa teman wanita dan berkurung di dalam bilik rumah kami. Kadang kala hingga seminggu, keluar untuk ambil makanan/ tandas sahaja.
    Suami saya cuma pernah menyuruh dia balik ke kolej sekali sahaja, manakala bapa mertua buat tak kisah. Kehidupan mereka ni agak barat (tidak solat, etc).
    Saya rasa turut berdosa tinggal di dalam rumah yang sama, tapi bolehkah seorang isteri itu memohon cerai/ keluar dari rumah dalam situasi yang sebegini? Saya rasa tidak selesa dan takut akan balasan tuhan. Kedua anak2 saya perempun..

  37. Wina

    Assalamualaikum Ustaz,

    Apa yang perlu dilakukan bagi seorang wanita yang ingin menggantikan semua puasanya yang tertinggal pada tahun-tahun lepas sedang dia tidak dapat mengingati jumpah sebenar hari yang tertinggal. Bolehkah dia hanya membayar membayar fidyah? bagaimanakah kiraannya?

  38. Arieffah

    Assalamualaikum ustaz,
    Saya bekerja sebagai penasihat jualan di sebuah syarikat membuat langsir. Tetapi akhir-akhir ini syarikat tersebut telah menukar segala kiraan untuk membuat langsir. Contohnya, jika langsir sebuah tingkap menggunakan hanya 5 meter kain, tetapi mengikut kiraan yang dikeluarkan oleh syarikat sebanyak 16 meter kain akan digunakan. Pada dasarnya mereka hanya menggunakan 5 meter kain dan selebihnya mereka akan menggunakan untuk membuat produk lain seperti bantal, beg dll, dan menjualkannya kepada pelanggan. Jika saya tidak menggunakan formula kiraan yang diberi, gaji saya akan ditolak dan diberikan surat amaran. Umpama saya diberi amaran kerana tidak menipu pelanggan. Soalan saya ustaz :
    1. Adakah saya perlu berhenti kerja? Jika saya berhenti bagaimana saya hendak menanggung keluarga. Saya sudah cuba mencari pekerjaan lain tetapi masih belum dapat.
    2. Halal dan berkatkah gaji yang saya terima hasil dari menipu pelanggan walaupun bukan dari kehendak saya?
    Saya harap ustaz dapat membantu saya mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Terima kasih.

  39. Novi

    Assalamualaikum ustaz. Saya ada 1 soalan, jika saya ingin memberi nama anak dengan nama ‘Fateema’ adakah ia dibolehkan? Jika boleh adakah ia masih mempunyai maksud yang sama dengan nama anak Nabi Muhammad s.a.w.?

    Sekian, terima kasih.

  40. D,mart

    As’Salamualaikum ustaz,soalan saya.apakah terdapat hukum/larangan didalam al-quran n sunnah baginda saw.mendengar mp3 al-quran(sekadar on mp3 ) tetapi tangan,mata,asyik sibuk dengan gadget ( bermain game ).seolah-olah bacaan surah-surah yang dimainkan sekadar bersahaja.

  41. khairul

    assalamualaikum ustaz . sya mhu bertnya apakah hukum bgi situasi ini

    perempuan : aku nak berbuka puasa boleh ? esok aku ganti .

    adakah makruh atau batal puasanya ?

  42. Haider Mat Sukor @ Mat Salim

    Assalamualaikum,

    Nama saya Haider Mat Sukor. Saya dapat alamat sesawang tuan/puan semasa saya sedang mencari tempat rujukan untuk soal jawab agama. Saya sebenarnya ada satu kemusykilan yang sudah lama saya pendamkan dalam hati.

    Apa hukum nya jika saya tidak pernah menyamak kaki saya yang pernah terkena najis ? Ini kerana saya semasa saya terpijak najis tersebut, saya tidak pasti samada itu najis kucing ataupun najis anjing. Tetapi dikawasan tersebut, ada berkeliaran anjing dan kucing. Tetapi bila saya perhatikan jenis najisnya, saya dapat rasakan yang itu adalah najis anjing.

    Saya terpijak najis di tapak selipar saya itu , dan ada sedikit najis melekat pada tapak kaki saya juga. Kejadian itu berlaku pada tahun 2012, jadi sudah beberapa tahun perkara itu telah berlalu. Tetapi dari hari ke hari, saya masih tidak menyamak kaki saya terkena najis itu.

    Sekarang ini dalam hati saya timbul perasaan amat bersalah bila teringat perkara diatas.

    Persoalan nya, perlukah saya menyamak semua SELURUH anggota tubuh badan saya dengan mengunakan sabun tanah liat ataupun serbuk tanah liat putih untuk menghilangkan najis yang pernah melekat di tapak kasut saya itu?

    Saya yang benar,

    Haider Mat Sukor

  43. abdullah

    assalamualaikum sy mau tanya apa hukum seseorg tu menciplak sesuatu dgn percuma dgn apa cara sekalipun media mahupun tulisan dan menjual ia adakah itu berdosa

  44. Saidon Daud

    assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanyakan berkenaan zakat fitrah. Jika sy kerja di KL adakah haram jika sy fitrah di tempat lain (di Perak)

  45. Siti

    Salam, ustaz. Sy anak kelima dr 6 adik beradik. Sy disini lebih kpd mahu meluahkan perasaan dan bertanyakan pendapat ustaz mengenai kedudukan saya sekarang. Perasaan yg membuak dlm diri sy sekarang ini ialah mungkin ad persaan ketidak puasan hati, iri hati dan mungkin juga persaan sy sedikit terguris dgn layanan ibu bapa sy kpd sy. Sy tahu sy sbg anak tidak seharusnya merasakn sedemikian, akan tetapi sy tdk blh lg menahan perasaan ug menebal ini. Alhamdulillah, sy dipermudahkan rezeki oleh Allah swt utk menjadi seorng peg kerajaan dan berpendapatan yg selesa. Dgn gaji yg sy dpt, sy berpeluang utk memberi sebahagian dr duit gaji sy kpd kedua orng tua sy. Sy sdar yg sy sememangnya tdk dpt memberi ap2 kpd kedua ibu bapa sy krn sy seorng yg ego tinggi. Tdk pernah sekali sy mengucapkan sayang kpd kedua ibu bapa sy. Malah sy dan bapa sy pernah tdk bertegur sapa krn sy tdk memeluknya ketika bersalam dgn dia suatu ketika dahulu. Sy cuba utk membuang persaan ego ini dan sedaya upaya utk menzahirkan rs sayang sy kpd kedua ibu bapa sy, namun sy tewas mungkin kpd bisikin iblis. Sy tetap ego. Mungkin juga, ini berlaku sejak sy kecil lg. ingatan alam kecil sy menggambarkan sy dipulau dan di sisihkan oleh ibu dan ayah mungkin ini yg menjarakkan hubungan kami. Sy tdk dpt mengingati peristiwa waktu kecil itu satu persatu, tetapi sy dpt merasakan itu lah yg berlaku. berbalik pd persaan sy skrng, bg st skrng satu pkra yg sy mampu utk membahgiakn hati ibu dan ayah sy ialah dgn memberi wang. Pkr lain seperti, mengucapkan kata sayang, berborak kosong yg blh menggembirakan hati mrk tdk dpt sy buat. Mungkin krn ego, mungkin jg persaan terpendam dlm diri sy seperti yg sy teranglan di atas. Sy tdk berniat utk berkira, mengunkit dan mendabik dada. Namun di antara adik beradik sy yg bekerja, sylah yg memberi duit poket bulanan pling byk kpd kedua ibu bapa sy. Sekali lg, demi allah ini bkn kata2 mengunkit ttp lebih kpd meluahkn persaan, Allah maha mengetahui ap tersirat di dlm hati sy. Mmg bnr adik beradik sy yg lain mempunyai tangungjwb lain, akn tetapi bg sy itu bkn lah alasan yg munasabah. Tdk dpt beri dlm jumlh yg byk, mungkin mereka blh mula memberi dgn jumlh yg sedikit terlebih dahulu. Sy membangkitkan hal ini krn, sy merasakn sy di lyn dgn tdk sama rata kalau dibandingkan dgn adik beradik sy yg lain, walaupun dgn sy memberi duit poket kpd ibu bapa sy. Sy dpt mersakn yg sy disisihkn dan seperti ibu bapa sy tdk puas dgn ap yg sy berikan kpd mrk. Mungkin mrk rs sy perlu berikan lebih lg pd mrk memandangkan pekerjaan sy. Ini smua mungkin, tp itulah ap yg terbuku di hati sy yg semakin hari semakin menebal dan ia telah mendorong sy utk berfikir2 utk bertukar ke tmpt kerja baru yg jauh dr ibu bapa sy utk menjarakkan diri. Tp Alhamdullilah Allah masih memelihara hati sy utk takut berlaku kurang ajar atau menyakitkan hati mereka. Sy akui sy brd pd thp skrng pun adlah krn berkat doa ibu bapa sy. Sy mmg perlukan keberkatan ibu bapa sy. Tetapi persaan yg semakin membeku dlm hati sy sngt2 menakutkan krn sy bimbang ianya bertukar kpd persaan yg dikutuk Allah iatu ank derhaka. Jadi ustaz, salah mmg salah utk sy berperasaan sedemikian, ttp sy hnya manusia biasa yg mempunyai hati yg nipis. Bagaimana utk sy buang sejauh jauhnya persaan buruk yg sy ad tehadap ibu bapa sy. Maafkan sy krn menulis pnjang ttp ini adalah tulisan hati saya. Mohon jasa baik ustaz utk memipin sy kejln yg bnr. Sungguh sy tdk mahu jd ank drhaka.

  46. sha

    Assalamualaikum ustaz…sy ingin bertanyakan pendapat ustaz dan jawaban bagi persoalan sy ini
    1. mana yang lebih baik kalau hari raya nak ziarah ibu mertua yang telah meninggal dunia atau ibu yang masih hidup atau sebaliknya.
    terima kasih ustaz

  47. Hamba Allah

    Assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya

    Merokok adalah berdosa dan mengerat/mencederakan diri juga adalah berdosa

    Apakah beza kedua perbuatan ini dari segi pandangan disisi islam?

  48. Sue

    Saya ingin memohon pencerahan jikalau seorang wanita mendapat restu utk mewarnakan rambut dari suaminya dengan tujuan berhias untuk suami, adakah salah jika dia mewarnakan rambutnya perang? Adakah dia termasuk dlm golongan yg menyerupai orang2 kafir? Sedangkan terdapat juga orang2 barat yg berambut perang beragama islam?

  49. Rudi

    Asalamualaikum Ustaz batal atau tidal puasa apabila terlihat gambar lucah dengan tidak sengaja ?

  50. AWANIZAN BIN KAMIN

    ASSALAMUALAIKOM,,USTAZ….
    SAYA ADA WAT AKU JANJI D HADAPAN ALQURAN,,BEGINI AKU JANJI NYA:SAYA BERJANJI DAN BERSUMPAH SEKIRANYA SAYA MENJALINKAN HUBUNGAN SULIT DGN PEREMPUAN D TEMPAT KERJA AKAN JATUH TALAK,,,,,SAYA SUPERVISOR D TEMPAT KERJA,,ADA ANAK BUAH DI BAWAH JAGAAN SAYA,,SATU HARI ORG YG DI KATAKAN KEKASIH SAYA TLH MENGHUBUNGI HANDSET SAYA,,,,,BERTANYAKAN TENTANG KERJA….KEMUDIAN ISTERI SAYA WAT SPOTCHEK KAT TELEPON SAYA ,TERNAMPAK NOMBOR DARI BUDAK PEREMPUAN TERSEBUT,,,,,,,,,SOALAN NYA,,,ADAKAH JATUH TALAK TERHADAP ISTERI SAYA,,,,WAL HAL SAYA BKN BUAT HUBUNGAN SULIT,,,,,

  51. MUHAMMAD

    Assalamualaikum..

    Kaki wanita adalah aurat.Bagaimana aurat wanita dirumah jika ada abang atau adik ipar?perlukah dia memakai stokin walaupun dirumah?

    Terima Kasih

  52. mail

    salam…ustaz ..saya nak tanya ni ..bagaimana kalau seseorang lelaki yang tidak mendapat jodoh walaupun sdh mncari ttpi tdk ketemu ..dan lelaki itu mati adakah masuk neraka ?

  53. Haso

    Apakah Hukum Hasil Pendapatan Bulanan Dari Sebuah Syarikat Parking

    Assalammualaikum Ustaz . Maafkan saya sekiranya mengambil masa Ustaz untuk membaca mail saya ini.

    Saya ada Soalan Berkenaan Gaji Bulanan Saya yang dibayar oleh majikan. Apakah status hukum Kutipan Parking yang mengenakan kadar bayaran parking seperti berikut;

    KADAR BAYARAN

    7.00AM – 12.00 AM – 0.65 SEN BAGI 30MIN DAN SETERUSNYA.
    12.00AM – 7.00 AM – RM2.10 SEKALI MASUK.

    0.65 SEN sudah termasuk GST.

    Sebagai contoh
    1. pelanggan masuk parking selama 47min telah dikenakan caj sebanyak Rm1.30

    2. pelanggan masuk parking selama 1 jam 59min telah dikenakan caj sebanyak Rm2,60

    3. pelanggan masuk parking selama 5 jam 42 saat telah dikenakan caj sebanyak Rm6.50

    Kesimpulan pelanggan yang parking selama 33min sudah dikenakan bayaran sebanyak rm1.30 . sedangkan bayaran rm1.30 untuk 30min. Maknanya sekiranya pelanggan parking selama 31min sudah dikenakan rm1.30.

    Soalan saya
    -Apakah status hukum gaji bulanan saya ?

    Terima Kasih Ustaz kerana membaca mail saya ini. tolong saya ustaz sebab ini melibatkan periuk nasi saya dan keluarga.

  54. Zura

    Bagaimana nak nasihatkan ibu bapa yang suka percaya perkara syirik seperti berjumpa bomoh “Islam” setiap kali ditimpa masalah dalaman keluarga?

  55. zue

    Assalamualaikum
    ustaz/ustazah

    saya ingin bertanya kemusykilan tentang nazar….kalau kita bercakap aqiqah anak lelaki ni nak buat kambing la….tapi bila sampai waktunya…kambing agak mahal…kita wajib buat kambing juga ke….

    terima kasih

  56. norlyn

    Asalamualaikum, saya ingin tahu apakah hukum sedekah alfatihah atau ayat quran kepada si mati? Saya dimaklumkan oleh seorang ustaz ada fatwa yang menyatakan pahala membaca ayat quran hanya kepada pembaca bukan untuk orang mati. Amalan kebanyakan orang sedekah fatihah, sedekah zikir, dll. harap mendapat pencerahan yang sebenar

  57. inia

    assalamualaikum..
    saya ingin bertanyakan ustaz berkenaan hal di bawah.
    1)saya seorang isteri yg sudah berhenti bekerja. saya mempunyai sedikit simpanan. suami saya ingin menolong abgnya untuk membeli kereta.(Abang ipar kategori miskin).duit yang diperlukan tidak mencukupi dan suami berharap saya membantu untuk mengelakkan dari membuat pinjaman sebab dia tahu saya ada simpanan.jumlah diperlukan adalah dalam RM20,000.
    Apakah hukumnya sekiranya saya tidak mahu mengeluarkan wang simpanan, sebaliknya meminta suami membiat pinjaman dgn bank.
    2) bolehkah ustaz jelaskan, dalam duit gaji suami, berapa bahagiankah sepatutnya digunakan utk org lain yang memerlukan/ disedekahkan?
    Adakah org lain tu, termasuk isteri/anak/ dan keluarga terdekat?

  58. zairil

    Assalamualaikum ustaz..sy nk tnya sikit berkaitan dengan hal agama.sekiranya seseorang itu membeli peralatan memancing dengan menggunakan duit curi@haram..adakah hasil tangkapan ia haram dimakan??bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini..sekiranya seseorang itu telah menyesal dengan perbuatannya itu..saya hrap ustaz dpat bantu saya..terima kasih

  59. Asyikin

    Assalamualaikum. Adakah orang kafir yang tidak menutup aurat, dan melakukan perbuatan maksiat itu dikira dosa? Dan adakah kita orang islam perlu mencegah dengan 3 cara iaitu tangan, lisan dan hati ? Mohon penjelasan

  60. Pn. Areyu

    As Salam Ustaz..
    Saya berumur 25 Tahun.. sudah berkahwin..mempunyai sesorang anak perempuan berumur 1Tahun.. saya bekerja.. saya nak tanya mengenai hukum serta nasihat..
    suami saya bekerja..gaji dlm rm2000 sbulan..masalah saya ialah..suami tidak memberi nafkah kepada saya dan anak kerana dia tahu saya ada wang sendiri tetapi dia ada memberi ibunya wang..saya tidak kisah tentang itu kerana saya rasa itu tanggujawab dia sebagai anak lelaki.. yang saya sedih adalah selepas dia kehabisan wang dia akan meminta saya (Umpama saya menanggung suami)..jika saya tidak memberi..kami akan bergaduh dan tidak menegur.. pada mulanya saya sangka kan ini hanya sementara sehingga dia ada wang tambahan (kerja ot) dan tidak meminta saya lagi tp sangkaan saya tidak tepat kerana die terus meminta2 jika wangnya sudah habis..segala berbelanjaan rumah dan anak saya yang tanggung..apakah yang harus saya lakukan dan apakah hukum dia tidak memberi nafkah kepada saya dan anak walaupun saya bekerja? terima kasih di atas keterangan yang akan di jawab..

  61. akmar

    Assalamualaikum.ustaz saya nak bertanya apa yang akan terjadi kalau ibu saya berkata dia menyesal melahirkan saya kat dunia ni.apa ye ustaz?

  62. mohd sufian

    Saya ada soalan yg tidak dapat saya jawap pada isteri saya yang mualaf….. Saya harap ada ustaz2 menjawapnya agar saya dapat terangkan pada isteri saya
    1.apa makna dan maksud mualaf.
    2.adakah mualaf itu ada waktu atau had untuk seseorang itu dipanggil mualaf.
    3.adakah yang lahir islam dengan yang baru memeluk Islam itu mempunyai perbezaan. Tolong saya jelaskan.terima kasih

  63. Najwa

    Assalamualaikum.. sy bru sahaja kemalangan dan mengalami 3 jahitan luka di bahaguan kaki saya .. semasa kemalangan saya dalam keadaan haid dan sekarang saya sudah bsuci dari haid.. saya ingin bertanya adakah SAH mandi wajib dan wuduk solat saya kerana saya tidak meratakan air ke kawasan luka tersebut kerana dikhuatiri akan bernanah..

  64. che mansor jaafar

    Assalamualaikum ustaz…sy ingin bertanya pendapat ustaz apa kah dibolehkan sesaorang meletakkan pokok bunga hidup didalam bilik air rumahnya…terima kasih.

  65. nor

    salam ustaz…saya ingin meminta pendapat ustaz. Suami mengambil keputusan untuk memjaga ayahnya kerana ayahnya sudah tidak bekerja.Masalah yang membuatkan saya tidak setuju adalah kerana bapa mertua saya ini seorang kaki judi, pemabuk dan mempunyai hubungan sehingga lahir seorang anak yang sekarang berusia 6tahun dan sehingga sekarang masih menjalinkan hubungan tanpa bernikah. Kami pernah menjaga beliau setahun yang lalu sebelum suami saya terpaksa menyuruh ayahnya keluar dari rumah kerana sikap nya yang tidak berubah dan sering mabuk. Saya tidak tahu bagaimana ingin berterus terang dengan suami berkaitan hal ini, dimana saya memang tidak mahu ayahnya tinggal bersama kami memandang suami saya bekerja tidak tentu masa dan kadang kala balik malam. Saya amat tidak selesa dengan bapa mertua saya malah sekarang telah wujud rasa benci dengan perangainya. Suami saya adalah anak tunggal. Saya faham tanggungjawab seorang anak kepada bapanya, malah suami tidak pernah lupa member wang poket kepada ayahnya sebelum ini sebagai tanggungjawabnya. Bagaimana saya nak nyatakan kepada suami apa yang saya rasa ini memandangkan saya tidak mahu timbul salah faham kemudian.

  66. Gadis Keliru

    As salam.. sy nk mntk pndapat.. sy ada bf.. da stahun kami bcinta.. dan kami mmg bcadang untk bkahwin.. klu blh scepat mungkin sbb bimbang jd bnde2 yg x diingini.. ibu bapa sy xde msalah.. dieorg terima bf sy wlupn blm pnh jmpe.. dieorg pn slalu tnya bila pihak lelaki nk dtg rumah.. tp mslh sy skrg pihak lelaki slalu tangguh2.. mula2, ibu bapa dia mintak nk jmpa sorg sheikh ni utk tgk sama ada sy dgn anak dia ssuai atau tidak.. baru2 ni ibu bapa dia nk jmpa sorg ustaz ni dlu utk bincang tentang kami.. lps smua dh selesai bru blh pkir psl kahwin.. tp smpi skrg perkara ni blm selesai.. bapa dia slalu tangguh2 kan dan ckp sabar dlu.. klu sy nk kahwin dgn anak dia, bapa dia suruh sy sabar dlu.. ape patut sy buat skrg? sbb hubungan ni mcm xde hala tuju.. patut ke sy tggu lg?

  67. Fatanah

    Assalamualaikum,
    saya nak bertanyakan soalan. apakah seharusnya saya lakukan apabila saya sudah mengetahuai gangguan sihir yang saya hadapi dihantar oleh mak mertua supaya saya dan anaknya bercerai? kami berkahwin atas persetujuan kedua-dua pihak. dari awal perkahwinan saya telah disihir oleh 2 orang. salah seorangnya mak mertua dan seorang lagi perempuan pada zaman cinta si suami. kedua-dua sihir dituju terus kepada saya. apabila saya mengetahuai saya rasa sangat kecewa dan terkilan kerana tidak sangka dalam layanan baik mertua dia menyihirkan saya sehingga saya memperolehi dua orang anak. rupanya pada awal suami menyatakan ingin berkahwin dengan saya mertua tidak setuju kerana sudah ada pilihan sendiri tetapi mertua tidak menberitahu kepada anaknya. saya tidak pernah menyakiti dan menyusahkan keluarga suami. sampai hati mertua saya lakukan sebegitu. selepas 2 bulan berubat baru mertua datang berjumpa tetapi datang bercerita hal keluarga dengan suami tidak sedikit pun bertanya keadaan rumahtangga kami. saya tidak bersalaman dengan mak mertua saya hanya bersalam dengan ayah mertua. saya rasa marah dan takut sekiranya saya bersalaman dengan dia akan menghantar gangguan itu lagi. anak2 saya turut terkena tempias dari gangguan sihir ini. kali kedua saya berjumpa dihospital kerana ayah mertua ditahan wad. saya tidak bersalaman dengan mak mertua depan suami dan adik dia. sekarang adik beradik suami marah kepada saya kerana tidak salam mak meraka. hakikatnya apabila mengetahuai hubungan ada masalah besar tidak ada seorang pun ahli keluarga suami datang berjumpa keluarga saya menanyakan hal ini. ahli keluarga saya marah tetapi mereka tidak melayan suami seperti mana keluarga suami melayan saya. saya betul-betul buntu. boleh ke saya teruskan hubungan ini dengan keadaan suami yang tidak memahami dan keluarga dia? adakah perpisahan jalan peryelesaian yang betul?

  68. Darron

    Assalamualaikum, minta pandangan kalian.. Ade artis berlakon orang yang tak solat , dia berkata “Kalau aku solat pun aku tak dapat apa” . Ape terjadi pada akidahnya ? Sebab murtad terjadi melalui 3 cara hati, perkataan dan peebuatan… Atau niat dia nak memberi pengajaran kpd masyarakat tu mnghalalkan cara tu,?

  69. Katrina

    Assalamualaikum ustaz, saya ingin kepastian sekiranya seorang suami memberitahu rakannya melalui whatsapp “kami sudah bercerai”, dan kurang sebulan suami sekali lagi memberitahu rakannya itu melalui whatsapp juga, “kami sudah 3 kali bercerai..”. Bila ditanya, suami tidak ada niat menceraikan isteri pada ketika menulis whatsapp. tujuan menulis begitu untuk meyakinkan rakannya yang dia sudah bujang.

    Adakah jatuh talak pada whatsapp pertama, dan apa hukum untuk whatsapp kedua?

  70. serabutkota

    Saya telah berumahtangga alhamdulillah sampai tahun yang ke sepuluh, ketidakpuasan isteri dengan ibu saya masih lagi terpendam,ada sahaja yang tidak disenangi oleh isteri saya.Saya pernah menasihati dengan dia supaya reda dan beralah dengan ibu saya kerana dia masih menganggap ibu saya seperti orang lain dan bukan seperti ibunya sendiri.Masalah terkini beliau menjauhkan diri tidak mahu lai “bersama” kerana ketidakpuas hatian dengan rutin kerjaya saya, walhal beliau mengetahui desakan dan tanggungjawab kerjaya saya memerlukan saya untuk sentiasa kembali ke pejabat setelah mengambil isteri saya dan anak untuk pulang ke rumah.Makan minum mereka tidak saya abaikan malahan membeli untuk mereka kerana saya memahami isteri penat bekerja dan pulang untuk menguruskan anak-anak.

  71. Hafiz

    Assalamualaikum, saya nak tnya soalan. Saya setiap pagi akan melalui highway utk pergi ke kerja, dlm masa yg sama sy biasanya akan berselisih dgn lori yg mmbawa khinzir ke singapura. Soalan saya lori Khinzir itu akan mengeluarkan najis/air melalui kandang dibelakang, perlu ke saya samak diri sendiri dan motosikal? Terima kasih.