Soalan :
Benarkah golongan wanita tidak dibenarkan melawat kubur.

Mohon sertakan hadithnya..

Ustaz Asrie Sobri hafizahullah menjawabnya:

Hukum Wanita Menziarahi Kuburan: 

Para Ulama Berselisih Pandangan berkenaan Masalah ini. Namun yg sahih dipilih Lajnah Daimah Arab Saudi adalah wanita dilarang menziarahi Kubur kerana dlm hadis daripada Abu Hurairah r.a:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ زَوَّارَاتِ القُبُورِ

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah s.a.w melaknat wanita-wanita yg menziarahi kubur”. (HR at-Tarmizi, Hadis Hasan)

Pendapat ini adalah yg dipilih oleh Imam Ahmad r.h dan al-Syirazi dlm al-Muhazzab dlm kalangan Ulama al-Syafii dan beliau iktimadkan dlm kitab beliau al-Muhazzab dan disokong oleh al-’Umrani dlm syarahnya atas al-Muhazzab (al-Bayan) berdalilkan hadis di atas.

Majoriti Ulama Mazhab al-Syafii dan yg terpilih dlm mazhab al-Syafii pula adalah MAKRUH wanita menziarahi kuburan.

Adapun kebenaran Rasulullah s.a.w utk menziarahi kuburan setelah melarangnya, ia khusus kpd kaum lelaki sebagaimana dinyatakan oleh al-Nawawi r.h dlm al-Majmuk [5/311].

berkenaan Hadis Rasulullah s.a.w mengajarkan Aisyah r.ha doa ziarah Kubur dlm Sahih Muslim dibawakan para Ulama sama ada ianya mansukh atau dibenarkan jika seseorang wanita melintas di kawasan kuburan tanpa niat utk menziarahinya dari awal utk dia berhenti dan mendoakan keampunan utk ahli kubur.

Maka para wanita sewajarnya menjauhi dari menziarahi kuburan kerana mereka itu adalah fitnah dan tidak kuat menanggung kesedihan yang membawa kepada perkara-perkara tidak diingini. wallahua’lam.

 

Sumber: http://www.1aqidah.net/v2/hukum-kaum-wanita-menziarah-kubur/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *