Soalan:

Assalamua’laiukum wa rahmatullah wabarakatu.

ana nak tanya,adakah mengangkat tangan ketika berdoa itu salah satu sebab termakbulnya doa? boleh tidak senaraikan dalil yang menunjukkan Rasulullah shallahu a’laihi wassalam mengangkat tangan ketika berdoa? sebatas mana keperluan kita perlu mengangkat tangan ketika berdoa, sebab ada tempat2 dimana yg kita berdoa tp tak perlu angkat tangan kan, betulkan ana kalau salah macam doa diantara dua sujud dan sebelum salam di akhir tasyahud. kalau nak angkat tangan pun mcm mana, ada org angkat tangan tinggi dari wajah, ada kata rapatkan tangan.

Jawapan:

Ustaz Idris bin Sulaiman Hafizahullah menjawab:

Benar, mengangkat kedua tangan adalah salah satu sebab termakbulnya doa. Sebagaimana sabda Nabi:

إِنَّ رَبَّكُمْ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

 

(Sesungguhnya Tuhan kamu pemalu lagi pemurah, Dia malu terhadap hambanya sekiranya si hamba itu mengangkan kedua tangannya lalu dikembalikan keduanya dengan tangan kosong)” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Disahihkan oleh Imam Al-Albani).

Walaubagaimanapun, mengangkat tangan ketika berdoa terdapat tiga keadaan:

Pertama: Terdapat nas menuntut supaya mengangkat kedua tangan.

Seperti:

1. Ketika doa meminta hujan (Istisqaa’) sebagaimana dalam hadis Bukhari dan Muslim;
2. Ketika doa Qunut Nazilah (ditimpa bala) atau doa Qunut dalam solat sama ada sebelum ruku’ atau selepas ruku’;
3. Ketika di Safa dan Marwah;
4. Ketika di Arafah.

Kedua: Terdapat nas supaya tidak mengangkat tangan.

Seperti:

1. Ketika khutbah Jumaat;
2. Ketika dalam solat dalam keadaan sujud atau selepas tasyahhud.

Ketiga: Tidak ada nas yang menuntut supaya mengangkat tangan atau menafikannya.

Dalam keadaan ini terpulang sama ada untuk mengangkat atau tidak. Tetapi afdalnya adalah mengangkat tangan berdasarkan hadis Abu Daud dan Tirmizi di atas.

Tetapi terdapat keadaan yang dituntut supaya tidak mengangkat tangan walaupun tiada nas yang menyokongnya secara spesifik. Seperti doa di antra dua khutbah jumaat. Ini kerana sekiranya Rasulullah  atau para Sahabat mengangkat tangan pasti telah dinukilkan kepada kita.

Tentang mengangkat tangan dengan tinggi melebihi wajah; telah sabit ketika Rasulullah  meminta hujan Baginda mengangkat kedua tangannya sampai nampak kedua ketiak Baginda. Sebagaimana hadis:

وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِي شَيْءٍ مِنْ دُعَائِهِ إِلَّا فِي الِاسْتِسْقَاءِ فَإِنَّهُ يَرْفَعُ حَتَّى يرى بَيَاض إبطَيْهِ

 

(Daripada Anas, bahawasanya Nabi tidak mengangkat tangannya dalam doanya kecuali ketika meminta hujan di mana Baginda mengangkat keduanya sehingga nampak keputihan kedua ketiaknya)” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sy. Uthaimin melihat bahawa lebih tinggi harapan seseorang itu dalam doanya maka lebih tinggilah dia mengangkat kedua tangannya.

Rujukan: (Syarah Hadis 40 Karangan Imam Al-Nawawi oleh Sy. Uthaimin)

Wallau a’lam.

 

Sumber: http://www.1aqidah.net/v2/hukum-menadah-tangan-ketika-berdoa/

Comments

  1. Sani bin ahmad

    Bahamians kah cara Nya Kita membersihkan benda2 yang terpakai di restaurant tidak halal untok di pakai kembali bagi orang Islam ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *