Soalan:

Assalamualaikum, apakah hukum sebenar meletakkan gambar di dalam facebook? Ada sesetengah pihak berpendapat dibolehkan atas alasan untuk berdakwah, sebagai contoh seorang yangg meletakkan gambar muslimah bertudung. Sila beri penjelasan dan dalil-dalil yg sohih. Syukron.

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wrt.

Telah banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam larangan membuat gambar makhluk bernyawa seperti sabda baginda:

إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ القِيَامَةِ المُصَوِّرُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang paling keras azab di sisi ALLAH pada hari kiamat adalah pembuat gambar” [HR al-Bukhari & Muslim].

Dilarang membuat gambar dalam Islam kerana:

1- Padanya terdapat unsur-unsur cubaan meniru ciptaan ALLAH s.w.t
2- Membawa kepada Syirik di mana bermulanya Syirik dalam umat Manusia adalah disebabkan pengagungan terhadap gambar orang-orang soleh.

Maka para Ulama’ telah menyatakan gambar yang berbentuk patung Ukiran dan lukisan adalah dilarang keras dalam Islam.

Adapun gambar fotografi maka yang sahih antara pendapat Ulama’ adalah asal hukumnya harus kerana tiada padanya unsur-unsur tasyabuh dengan ciptaan ALLAH.

Namun, ‘illah (sebab) yang kedua dari segi pengagungan maka mesti diberi perhatian, dilarang meletak gambar dengan tujuan pengagungan seperti menggantung gambar raja, perdana menteri dan seumpamanya ianya adalah Haram dan dilarang.

Demikian juga ada unsur-unsur lain seperti gambar wanita yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang apatah lagi didedahkan dengan gaya-gaya yang mengghairahkan walaupun bertudung dan berniqab.

Namun, jika gambar itu ada kemaslahatan yg rajih seperti gambar untuk mengajarkan tatacara solat, untuk memperkenalkan sesuatu perkara seperti kamus bergambar maka insya-ALLAH ianya harus kerana dilarang gambar itu atas jalan melarang maksud-maksud yang tidak benar (Tahrim al-Wasilah) maka jika digunakan pada maksud yang benar maka insya ALLAH ia tidak mengapa.

wallahua’lam bis sawab.

Oleh:
Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri
Penuntut di Universiti Islam Madinah

 

Sumber: http://www.1aqidah.net/v2/qa-hukum-gambar/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *