Soalan:

Assallamu’alaikum.wr.wb.

Saya ingin bertanya ustaz : Apakah mengirim bacaan ayat al qur’an kepada orang yang telah meninggal itu dibolehkan dan apakah pahalanya itu akan sampai kepadanya, begitu pula dengan sedekah?

Jawapan:

Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi menjawab:

Adapun dalam masalah apakah dibolehkan membaca Al-Quran kepada orang yang telah meninggal, maka hal ini pernah dijawab oleh Al-’Allamah Ibnu Baz rahimahullah bahawa perbuatan tersebut tidak ada asalnya daripada Nabi, para sahabat dan para salafussoleh manakala apakah pahalanya akan sampai atau tidak maka Al-Imam As-Syafi’i rahimahullah berpendapat bahawa ianya tidak sampai dan inilah pendapat yang shahih kerana hadith yang shahih yg diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah hanya datang menjelaskan pahala yang sampai kepada si mati yang disebut oleh Nabi hanyalah dikhususkan kepada sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Adapun pahala bacaan al-Quran tidak disebut di dalam hadith dan mengiyaskan bacaan al-quran dengan ibadah lain yang boleh dibadalkan (digantikan) sebagaimana ibadah Haji, umrah dan puasa adalah tidak tepat kerana asal kepada ibadah adalah tawaqquf (berhenti kepada dalil) dan tidak sama ‘illah(sebab)nya.

 

Sumber: http://www.1aqidah.net/v2/mengirim-bacaan-al-quran-kepada-orang-yang-telah-meninggal/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *