Soalan:

Adakah boleh kita menggunakan ayat quran untuk dijadikan pendinding ataupun berdoa?. Contohnya apabila membaca ayat quran berkaitan dengan azab neraka, lalu kita berdoa jauhkan azab tersebut dari kita kerana takut akan azab Allah, pada masa sama kita tidak mengetahui mengapa Allah menurunkan ayat tersebut.

 

 

 

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh,

Tidak syak Al-Quran memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36)

Begitu juga dengan membaca mu’awwizatain (qul ‘auzubirabbil falaq & qula’uzubirabbinnaas), zikir-zikir yang warid daripada Nabi sallallahu’alaiwasallam banyak diriwayatkan dalam hadith-hadith Nabi berdoa meminta perlindungan dgn kalimah Allah misalnya sabda Nabi:

“اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق”

(a`udzu bi kalimaati llahi ttammati min sharri ma khalaq)

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna, dari segala kejahatan yang ada.” (HR. Muslim)

Dan banyak lagi,(boleh rujuk kitab-kitab doa dan zikir yang shahih seperti Al-Azkar oleh Imam Nawawi atau Hisnul Muslim dll), Adapun ketika mendengar ayat-ayat yang menyebut tentang azab memang digalakkan agar kita memohon perlindungan darinya, hal ini merupakan perkara yang sangat dituntut walaupun kita tidak mengetahui sebab turun ayat itu, kerana Al-Quran itu turun bukan semata-mata khusus untuk sebab tertentu turunnya bahkan ianya umum untuk dijadikan ibrah, pengajaran dan petunjuk sepanjang masa.

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

Wallahu’alam.

Oleh:
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
Penuntut di Universiti Islam Madinah

Sumber: http://www.1aqidah.net/v2/qa-hukum-menggunakan-ayat-al-quran-sebagai-pendinding/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *