Soalan : 

Benarkah roh orang yg telah meninggal dunia masih boleh berhubung dengan dunia.

Mohon sertakan hadithnya..

Jawapan:

Ustaz Asrie Sobri hafizahullah menjawab:

Mereka yang sudah mati maka terputuslah hubungan dgn alam dunia sebagaimana firman ALLAH: 

وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

maksudnya: “dan di hadapan mereka itu terdapat barzakh sehingga hari kebangkitan” [al-Mukminun: 100]. 

kata Mujahid r.h: Barzakh adalah tembok penghalang antara mayat daripada kembali ke dunia. 

Maka sebarang dakwaan bahawa roh kembali ke alam dunia adalah dusta. Jika berlaku perhubungan dgn orang mati di dalam mimpi maka ini mungkin kerana manusia yg tidur memasuki alam ruh dan tidur itu saudaranya mati, maka tidak mustahil dia brjumpa dgn orang yg sudah mati yakni ruhnya, adapun sebaliknya, ruh kembali ke alam dunia maka ini tidak benar sama sekali. wallahua’lam.

Rujukan: http://www.1aqidah.net/v2/hubungan-dengan-orang-meningga/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *