Assalamualaikum, Bolehkah tubuh sesorang manusia dimasuki syaitan dan kemudian mengeluarkan percakapan yang pelik-pelik. (Dirasuk). Pernahkah perkara sebegini berlaku dizaman Rasulullah atau para sahabah? Dalil? dan apakah bentuk rukyah yang paling berkesan bagi memulihkan seseorang yang telah dirasuk syaitan? Jazakallah.

Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi hafizahullah menjawab:

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد, 

Para Ulama` Islam telah bersepakat bahawa bolehnya syaitan atau jin merasuk dan memasuki tubuh manusia berdasarkan firman Allah Ta`ala:

الذين يأكلون الربا لا يقومون إلا كما يقوم الذي يتخبطه الشيطان من المس

mksudnya:

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila” (Al-Baqarah:275)

قال ابن كثير : أي لا يقومون من قبورهم يوم القيامة إلا كما يقوم المصروع حال صرعه وتخبط الشيطان له ، وذلك أنه يقوم قياما منكرا )  تفسير القرآن العظيم – 1 / 334 )

Kata Ibnu Kathir: “maksud ayat: Iaitu mereka tidak berdiri drpd kubur mereka pada hari kiamat kelak melainkan seperti berdirinya orang yang kena rasuk dlm keadaan rasukannya dan syaitan & syaitan merasuknya, hal itu kerana dia berdiri dlm keadaan berdiri yg pelik(terhuyung-hayang)” (Tafsir Al-Quran Al-`Azhim 1/344 )

Juga berdasarkan firman Allah Ta`ala:

إن الذين اتقوا إذا مسهم طائف من الشيطان تذكروا فإذا هم مبصرون

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya” (Al-`Aaraf:201)

قال ابن كثير :  ومنهم من فسر ذلك بالغضب ومنهم من فسره بمس الشيطان بالصرع ونحوه 

Kata Ibnu Kathir: “sebahagian ulama Tafsir menafsirkan ayt ini dgn kemarahan syaitan, sebahagian lain menafsirkan dgn rasukan Syaitan dan yg semisalnya” (Tafsir Al-Quran Al-`Azim 2/267)

Manakala dalil-dalil drpd As-Sunnah sgt banyak antaranya:

عن عطاء بن رباح قال : قال لي ابن عباس – رضي الله عنه – : ألا أريك امرأة من أهل الجنة ؟ قلت : بلى ، قال هذه المرأة السوداء أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت : إني أصرع وإني أتكشف فادع الله لي ، قال : إن شئت صبرت ولك الجنة ، وإن شئت دعوت الله أن يعافيك ؟ فقالت : أصبر ، فقالت : إني أتكشف فادع الله لي أن لا أتكشف ، فدعا لها ) متفق عليه )

Drpd ‘Atho’ bin Abi Rabah katanya: Ibnu ‘Abbas r.a berkata: Mahukan aku ceritakan kpd kamu perihal perempuan yang merupakan ahli syurga? kataku: ya, katanya: inilah seorang perempuan hitam yg mendatangi Nabi s.a.w,lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku dirasuk & akibatnya auratku akn terbuka,maka berdoalah kpd Allah untukku, Sabda Nabi: Jika engkau mahu maka engkau bersabar maka bagimu syurga, jika engkau mahu aku akan berdoa memohon kepada Allah agar memulihkanmu?, jawab beliau: Aku akn bersabar, (dalam riwayat lain dia berkata: “berdoalah untukku agar auratku tidak terbuka (akibar dirasuk jin), maka Nabi pun berdoa kepadanya. (Muttafaqun ‘alaihi)

Dan perempuan tersebut namanya ialah Ummu Zufat sebagaimana yg diriwayatkan hal trsebut oleh Al-Bukhari dlm Shahihnya daripada ‘Atho’, dan jelas disini perempuan tersebut terkena rasukan daripada jin. Ibnu Hajar menyebut dlm Fathul Bari dengan riwayat lain daripada Al-Bazzar dan selainnya mnjelaskan bahawa perempuan tersebut terkena rasukan jin. Ibnu Hajar juga menjelaskan bahawa dalil-dalil ini menunjukkan syaitan atau jin boleh masuk ke dlm badan manusia.

Rasukan, gngguan jin dn masuknya mereka ke dalam tubuh manusia adalah disebabkan oleh kelalaian manusia tersebut dalam mengingati Allah, mengabaikan solat, lalai dan leka dengan maksiat maka para ulama’ membahagikan cara untuk mengelakkan daripada gangguan jin & syaitan kpd dua:

1) Perlidungan sebelum terkena: menunaikan solat secara berjemaah, mengamalkan zikir pagi & petang juga zikir harian yang shahih daripada sunnah Nabi, membaca isti’azah ketika solat, menjauhi muzik, maksiat dll.

2) Perlindungan selepas terkena: membaca ayat-ayat ruqyah seperti dari surah al-baqarah, 3qul (ikhlas, al-falaq, dan ann-nas) & ayat2 yang lain daripada al-quran serta As-Sunnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *