SOALAN

Dalam al-Quran ada disebut mengenai persoalan ‘orang yang paling celaka, fasiq sesudah beriman’. Di sini saya ingin bertanya mengenai perbuatan orang Islam yang murtad dan menjadi Kristian tetapi selepas itu memeluk Islam semula. Saya ingin tahu apakah hukum Islam mengenai perbuatan orang seperti itu. Adakah perbuatan seumpama itu dibolehkan dalam Islam? Mohon penjelasan.

Mohd Shahbudin b. Ahmad
Damansara, KL.

JAWAPAN

Sebagai seorang Muslim, kita wajib untuk meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diterima oleh Allah SWT. Allah berfirman, maksudnya : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali Imran:19).

Selain itu, Allah juga berfirman, maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi” (Ali Imran:85). Sebenarnya banyak lagi ayat al-Quran yang menerangkan kepada kita bahawa sesungguhnya Islam itu satu-satunya agama yang benar dan diturunkan Allah serta diterima-Nya. Dengan sebab itu, dalam pegangan agama, seseorang Muslim tidak boleh memperolok dan mempermainkan agama Islam yang telah menjadi iktikad serta keyakinannya selama ini. Adalah menjadi suatu dosa besar jika melakukan sedemikian.

Perlakuan seperti ini adalah merupakan satu jenayah agama yang sangat besar di sisi Allah SWT. Allah berfirman, maksudnya: “dan sesiapa yang murtad di antara kamu (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati sedang dia tetap dalam kekafiran, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya” (al-Baqarah: 217).

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman, maksudnya: “sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.” (an-Nisaa’: 137).

Berdasarkan ayat al-Quran tersebut, jelas menunjukkan bahawa orang seperti yang disebutkan dalam soalan saudara itu telah melakukan jenayah besar dalam ajaran Islam dan sekiranya dia murtad, maka segala pahala amalan yang dilakukannya sebelum ini samada sembahyang, puasa, zakat dan mungkin pelbagai ibadat lain lagi akan terhapus begitu sahaja.Dan amat malang sekali sekiranya orang tersebut meninggal dunia dalam kekufuran, maka dia akan menjadi orang yang mati dalam keadaan syirik kepada Allah serta dosanya pasti tidak akan diampunkan.Tetapi sekiranya dia Islam, kemudian murtad dengan menganut Kristian, selepas itu memeluk Islam semula dan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah serta memperelokkan agamanya berbanding sebelumnya, insyaAllah taubatnya itu akan diterima Allah SWT dengan syarat dia tidak lagi mempermain-mainkan agamanya. Sebaliknya terus berusaha menjadi seorang Islam yang baik, menghayati Islam sepenuhnya, mempelajari dan mengukuhkan lagi iman dan akidahnya kepada Allah SWT.

Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/v1/index.php?option=com_content&id=174&lang=en

 

Comments

  1. kasturi

    Zul seorang nakal dahulu masa kanak – kanak tetapi sopan dan pandai hormat orang tua dan rajin. Selepas zaman kanak – kanak zul sering dibuli dan dipukul beramai – ramai selama di sekolah namun disekolah zul tetap pelajar cemerlang. Kemudian selepas habis belajar zul mengalami stress marah – marah sampai pernah pijak ayat Al-Quran namun dalam marah tersebut apabila ditanya dia jawab dengan betul. Dan apabila zul hilang marah dia akan menangis dan dia akan bercakap apa yang dia telah buat. Perkara ini telah terjadi berulang kali. Jesteru itu adakah zul akan azab di akhirat dan tidak akan diterima taubat.

  2. Abd Razani

    Saya ingin bertanya memandangkan ada dikalangan orang islam yang bertukar ke agama lain . Adakah penting untuk kita mengetahui sebab mengapa mereka bertukar kepada agama lain. Sebab ada kes yang saya nampak, remaja yang datang dari later belakang keluarga yang kuat dalam agama dan perlukah kita takut untuk menyentuh bahkan lagi membaca kitab agama lain. Sedangkan ada dikalangan orang lain yang semakin kuat imannya selepas megkaji Kitab agama lain. Seperti Ustaz zakir naik, Yusof este dan Ahmad deedat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *